Surau Warisan Ummah

Selamat Datang Ke Laman Web Surau Warisan Ummah Kota Warisan Sepang, Selangor

Jumlah Dana Yang Diperlukan : RM2.5 Juta

Kata-Kata Aluan Pengerusi

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala pujian tentunya kehadrat ALLAH Subhanahu Wata’ala yang memiliki dan menguasai segala yang ada dilangit dan dibumi, dan bagi Nya segala puji di Akhirat, dan Dialah saja yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui
Selawat dan kesehahteraan ke atasJunjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, semulia‐mulia kejadian. Juga keatas kelaurga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang penunjuk cahaya kebenaran, seterusnya para tabiin dan para Ulama yang berperanan sebagai penyuluh kegelapan. Semoga memperoleh ihsan daripada Allah SWT sehingga ke hari Kebangkitan.
Dengan izinMu, dengan hati yang tulus, menzahirkan setulus kalam pancaran hati, kalimah kesyukuran yang setingginya atas anugerrah rahmat dariMu jua Ya ALLAH, degan rasa rendah hati dan segala kerendahan sifat, kelemahan kudrat dan kewangan, hambaMu memohon mendapat petunjuk dan panduan dariMu jua bagi menyempurnakan satu tanggungjawab untuk membangunkan sebuah Surau dan Pusat Pengajian Ilmu yang disepakati dengan nama SURAU WARISAN UMMAH.
Adalah menjadi Hasrat hambaMu ini dan warga setempat untuk membangunkan surau ini bagi memenuhi bukan sahaja untuk keperluan Warga Islam setempat yang semakin bertambah dijangkakan kepadatan sebanyak 5000 warga islam dalam masa 3 tahun kehadapan, tetapi juga untuk para musafir dan pengunjung
Perancangan pembinaan Surau Warisan Ummah ini bukan hanya untuk tempat beribadah yang khusus seperti Solat dan Iktikaf, tetapi juga sebagai Pusat Aktiviti Islam seperti menimba ilmu, kebudayaan, muamalat dan perkembangan dakwah islamiah.
Surau Warisan Ummah ini juga akan berfokus untuk mengajak golongan kanak‐kanak dan remaja dengan aktiviti bersesuaian supaya mereka lebih mesra dengan persekitaran surau. Salah satu daya tarikan adalah dengan melengkapkan surau dengan teknologi informasi terkini dan sebagainya. Surau akan berusaha untuk menentukan ianya ditadbir urus Bersama kumpulan remaja.
Pembinaan Surau Warisan Ummah ini akan berkonsepkan mesra alam dengan penggunaan Teknologi Hijau dengan sebaik mungkin.
Akhir kalam, hamba bermohon kepadaMu YA ALLAH semoga mendapat rahmat bimbingan dan keberkatan dariMu jua. Amin Ya Robbal Alamin.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud

Pengerusi Penaja Surau Warisan Ummah

Tan Sri Dato’ Sri
Rodzali bin Daud

Pengerusi Penaja Surau Warisan Ummah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
&
Salam Sejahtera

Cadangan Pembangunan Surau Warisan Ummah di atas Lot 112382, Jalan Persiaran Maju, Kota Warisan, Mukim Dengkil, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan.
Kota Warisan berdekatan dengan KLIA, dimana ada diantara penggembara, terutamanya singgah bermalam di hotel-hotel sekitar warisan. Dengan adanya surau ini, ianya sudah tentu amat bermanfaat untuk mereka.

Jom Wakaf & Sumbang Sekarang!

Sedekah Dapat Menghapus Dosa...

والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi , 614)

(Ali-'Imran 3:92)

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ

Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.

No Akaun : 1067 3000 8603
Nama : Surau Warisan Ummah

No Akaun : 5623 7542 3825
Nama : Surau Warisan Ummah

*Gambar ilustrasi reka bentuk surau yang bakal dibina
*Gambar ilustrasi reka bentuk surau yang bakal dibina

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اِنَّمَا يَعْمُرُ مَسٰجِدَ اللّٰهِ مَنْ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَاَقَامَ الصَّلٰوةَ وَاٰتَى الزَّكٰوةَ وَلَمْ يَخْشَ اِلَّا اللّٰهَ ۗفَعَسٰٓى اُولٰۤىِٕكَ اَنْ يَّكُوْنُوْا مِنَ الْمُهْتَدِيْنَ

18. Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.
At-Taubah 9:18
Objektif pembangunan surau ini adalah seperti berikut:

Maklumat Tapak Pembinaan

Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di utara, Pahang di timur dan Negeri Sembilan di selatan.Terletak di bahagian barat Banjaran Titiwangsa, Selangor terbahagi kepada sembilan daerah terdiri daripada Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang
Daerah Sepang merupakan daerah termuda bagi negeri Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di bahagian selatan Selangor Darul Ehsan, bersempadan dengan daerah Hulu Langat, Kuala Langat dan Petaling. Daerah sepang juga bersempadan dengan Bandar Baru Nilai dan negeri Negeri Sembilan Darul Khusus. Pandangan mata burung mendedahkan bahawa daerah Sepang berbentuk seperti kepala keris, memanjang ke arah selatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Lebuhraya Kuala LumpurSeremban di sempadan timur hingga ke kampung Sungai Buah atau Bukit Unggul. Di hujung baratnya ialah daerah Kuala Langat manakala daerah Petaling adalah jiran utaranya. Di selatannya, daerah Sepang membuka ke arah Selat Melaka.

Tapak Cadangan
No. Lot : Lot 112382
Saiz Lot : 4038 m²

Maklumat Tapak

Surau ini akan dibina di atas Lot 112382 dengan keluasan tanah 4038 m² yang boleh memuatkan kira-kira 250 orang dalam satu masa dan akan menjalankan beberapa akitiviti seperti di bawah:

Konsep Reka Bentuk

Reka bentuk surau yang dicadangkan itu dirancang berdasarkan asas Syariah

Permohonan Pembinaan Surau Warisan Ummah

Kebenaran Memohon Kutipan Wakaf 2024

Ingin menjadi salah seorang penyumbang pembinaan Surau Warisan Ummah?

(Ali-'Imran 3:92)

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ

Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.

Sedekah Dapat Menghapus Dosa...

والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi , 614)

Jom Wakaf & Sumbang Sekarang Ke Akaun Bank Rasmi Kami...

No Akaun : 1067 3000 8603
Nama : Surau Warisan Ummah

No Akaun : 5623 7542 3825
Nama : Surau Warisan Ummah

Ahli Jawatankuasa Surau

Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud

Pengerusi
Biodata
  • Berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) selama 42 tahun. Selepas persaraan, bergiat aktif dalam dunia korporat apabila dilantik menjadi Pengerusi Destini Berhad dan AXA Affin Life Insurance.
  • Sekarang ini menjadi ahli Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Dato' Samsul bin Husin

Timbalan Pengerusi
Biodata
  • Merupakan Pengerusi Eksekutif di syarikat Leadcom (M) Sdn Bhd (Leadcom).

    Datuk Samsul berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan Akauntan Bertauliah dan Perancang Kewangan Bertauliah.

  • Beliau mempunyai lebih 27 tahun pengalaman dalam perakaunan dan IT pengkhususan dalam sistem kewangan, perancangan dan reka bentuk sistem. Bidang kepakaran beliau juga termasuk pengkomputeran sistem iaitu memudahkan sistem sokongan keputusan, perakaunan sektor awam untuk badan berkanun, pengurusan perubahan dan pengurusan projek.

Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri

Penasihat Dana
Biodata
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Chemical Engineering, di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Business Administration di Asia Pacific University, Oita, Japan.
  • Beliau telah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan di pelbagai kementerian selama lebih 26 tahun dengan pengalaman dalam bidang pengurusan kewangan, pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber manusia dan pernah ditempatkan di Pejabat Menteri.
  • Beliau kini merupakan salah seorang pegawai di peringkat Pengurusan tertinggi di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Iskandar Dzulkarnain Bin Nordin

Setiausaha
Biodata
  • Seorang ahli perniagaan yang terlibat didalam pelbagai bidang, antaranya pembangunan, hospitaliti, penyelenggaraan, teknologi, pelaburan dan hartanah. Berpengalaman lebih dari 25 tahun dalam bidang perniagaan dan pernah berkhidmat di Amerika didalam bidang Teknologi Nuklear sebagai Pakar Instrumentasi. Berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dari UITM dan mendapat latihan teknikal di Tennelec, Oak Ridge, Tennessee, USA pada tahun 1992

Wan Mazlan bin Wan Salim

Penolong Setiausaha
Biodata
  • Dengan kelulusan ijazah MSc Management dari UUM, Bachelor in Business Administration dari University RMIT (Australia) dan Diploma in Industrial Engineers UKM pengkhususan beliau adalah dalam pentadbiran dan pengurusan perniagaan. Mempunyai pengalaman perkhidmatan dalam Tentera Darat di bidang pengurusan Lojistik selama 20 tahun.
  • Beliau pernah ditempatkan di Zetland Naval Supply Centre Sydney Australia selama satu tahun sebagai Industrial Engineer dan telah berjaya menyusun atur semula aliran dan sistem warehouses dan Lojistik di Naval Supply Centre Zetland pada tahun 1985. Beliau kini bersara sepenuhnya

Yuhasnan bin Dollah

Bendahari
Biodata
  • Berkelulusan Ijazah Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia. Beliau adalah Ahli Badan Professional Malaysian Institute Accountant (MIA) pada tahun 2009 dan merupakan Chartered Management Accountant (CIMA) UK mulai tahun 2017.
  • Beliau telah berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam selama 22 tahun di pelbagai Jabatan dan Kementerian. Berpengalaman luas dalam bidang Perakaunan dan Pengauditan Sektor Awam.
  • Beliau kini berkhidmat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Latif bin Kosnan

AJK Audit
Biodata
  • Seorang pesara yang telah terlibat di dalam pembangunan sistem maklumat dan infrastruktur (ICT) berkaitan selama lebih dari 30 tahun.
  • Sepanjang kerjaya beliau pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat di dalam dan luar negara termasuk Malaysia Airlines, Swissair, Xybase, IBM, GMR India, Taisei Japan dan lain-lain.
  • Beliau berpengalaman membangunkan dan memantau sistem ICT untuk beberapa agensi kerajaan dan swasta Malaysia, lapangan terbang – Subang. KLIA, Boston USA, Hyderabad dan New Delhi India serta Hanoi Vietnam.
  • Berumur 62 tahun, saudara Latif Kosnan adalah lulusan dari University Malaya (1984), UITM (1987) dan UKM (1997).

Idris bin Mohd Din

AJK Pembangunan
Biodata
  • Berasal dari Lanchang Pahang dan lulusan BSc EE dari Universiti of New Haven Connecticut USA pd 1986. Pernah bertugas di Jabatan Telekom Malaysia dan Lembaga Letrik Negara (TNB). Merupakan diantara kumpulan pertama jurutera yg mendapat Latihan pembangunan otomobil di Mitsubishi Motors Corporation Jepun dan seterusnya pembangunan model kereta Proton. Berpengalaman selama 32 tahun dalam membangunkan modal insan, infrastruktur ,kemudahan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pembangunan model kereta Proton didalam dan luar negara sebelum bersara pada 2020.

Sudari bin Ahamad

AJK Teknikal & Pembangunan
Biodata
  • Berumur 63 tahun dan merupakan Pengarah Urusan Syarikat Pembinaan

Abd Ghani bin Hasan

AJK Perancangan dan Urus Tadbir
Biodata
  • Bsc. Mechanical Engineer, University of Missouri, Columbia USA dan Master of Business Administration, Ohio University, USA.
  • Pernah berkhidmat selama lebih 20 tahun di pelbagai jabatan dan anak syarikat Tenaga Nasional Bhd.
  • Mempunyai pengalaman lebih 15 tahun sebagai Presiden Direktur di beberapa perusahan perlombongan di Republik Indonesia.

Nazaleq bin Zainuddin

AJK Perancangan dan Urus Tadbir
Biodata
  • Dengan kelulusan ijazah kejuruteraan pengkhususan dalam penyelenggaraan pesawat dari Pusat Latihan Leonard Issit, New Zealand. Beliau kemudiannya memperolehi Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Pendidikan (MEd) daripada Universiti Terbuka Wawasan.
  • Beliau memulakan kerjaya professionalnya sebagai jurutera di Malaysia Airlines System Berhad, kemudian berkhidmat sebagai Pengurus Kanan Eksekutif yang ditugaskan untuk menyelia bahagian kejuruteraan. Dari tahun 2008 hingga 2015, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Jabatan Kejuruteraan, Malaysia Airlines System Berhad. Dari situ beliau menceburi bidang Perunding Professional untuk firma penerbangan and perindustrian serta perdagangan am. Beliau kini merupakan Pengarah Urusan Pakaravia Solutions Sdn Bhd sejak tahun 2018.

Hisyam Nuraldin

AJK Media Sosial dan IT
Biodata
  • Berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang IT.
  • Aktif sebagai Perunding Wasiat dan Harta Pusaka Islam bersama As Salihin Trustee.

Gambar Tapak Pembinaan Terkini

Lawatan Tapak oleh ICU JPM 11hb Oct 2023

Kemaskini Kerja-Kerja Tambunan Tanah

Penyerahan Penyata Ke Wakaf Surau sehingga 31 Mac 2023 dan cek bernilai RM 217,000 kepada pejabat Wakaf Selangor yg diwakili oleh Ustaz Hafizuddin

Shopping Cart